Tindakan pengacara Nabil Ahmad yang didakwa ‘membahan’ peserta Big Stage X Rocketfuel, Sabrina selepas menerima kritikan juri mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang netizen berpendapat Sabrina sudah cukup tertekan selepas persembahannya dikritik oleh barisan juri dan tidak sepatutnya terus dijadikan bahan jenaka di hadapan penonton.

“Vokal Sabrina mungkin tak sebaik peserta lain tapi apa yang lawaknya dengan Nabil membahan dia? Dia dah cukup kena kritik juri tak perlu lagi sampai jatuhkan air muka dia depan ramai penonton.”
Seorang lagi pengguna media sosial turut berharap pihak produksi mempertimbangkan pengacara lain bagi musim akan datang dan mencadangkan agar Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom serta Rina Nose kembali mengendalikan program tersebut.

Terdahulu, perjalanan Sabrina dalam Big Stage X Rocketfuel terhenti pada minggu ketiga selepas dia memperoleh markah terendah. Program musim ini dikendalikan oleh Nabil bersama Azeva Natassha.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Video Lama Norreen Iman Minta Gambar Tidak Menutup Aurat Dipadam Kembali Tular
The post “Mulut Macam Si*l” – Nabil Ahmad Dikecam ‘Bahan’ Peserta Di Big Stage Hingga Air Muka Berubah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




