Munajat musibah banjir landa negara, JAKIM anjur solat hajat tiga masjid lepas Maghrib

22 Dec 2022 • 12:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MUSIBAH banjir yang melanda begitu parah. Ribuan kediaman ditenggelami air, rakyat kehilangan nyawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan solat hajat di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu kenyataan memaklumkan, program tersebut akan diadakan serentak pada 22 Disember selepas Solat Maghrib.

image is not available
Kredit foto: Pexels

JAKIM turut menjemput dan mengesyorkan semua majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara untuk turut sama mengadakan program seumpamanya agar kesatuan usaha dan doa seluruh umat akan menambahkan lagi keberkatan doa.

image is not available
Kredit foto: Pexels

Info solat sunat hajat

1-Hajat ialah apa-apa yang menjadi keperluan untuk melapangkan dan mengangkat kemudaratan.

2-Lafaz niat solat hajat ialah seperti di bawah:

image is not available

3-Rakaat pertama anda perlu membaca surah al-Fatihah dan mana-mana surah pilihan.

4-Rakaat kedua anda perlu membaca surah al-Fatihah dan mana-mana surah pilihan.

5-Solat hajat secara berjemaah boleh dilakukan secara sekali sekala, namun jika merasakan solat hajat bersendirian itu lebih mendatangkan kekhusyukan dan kehendak yang dimaksudkan, maka itu adalah lebih utama.

Foto utama: SMART via Sinar Harian, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi