Munajat Perdana suntik semangat 500 calon SPM di Selangor

22 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Munajat Perdana suntik semangat 500 calon SPM di Selangor

SHAH ALAM, 22 OKT: Kira-kira 500 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari pelbagai sekolah di Selangor berhimpun dalam Majlis Munajat Perdana SPM 2026 bagi memohon keberkatan serta memperkukuh persediaan rohani menjelang peperiksaan penting itu.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dengan kerjasama Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI itu berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Majlis yang turut dihadiri kira-kira 150 guru dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu diisi dengan bacaan Yasin, doa, solat hajat serta sesi motivasi bagi membina keyakinan calon menghadapi peperiksaan.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong kecemerlangan pendidikan melalui pengukuhan kerohanian dan pembangunan sahsiah pelajar.

Image from: Munajat Perdana suntik semangat 500 calon SPM di Selangor
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika majlis Munajat Perdana SPM 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Kami Yayasan MBI sentiasa komited dalam menyokong usaha memperkasakan pendidikan dan meningkatkan kecemerlangan akademi anak-anak Selangor.

“Sokongan dan kerjasama diberikan merupakan manifestasi keyakinan terhadap pembangunan prestasi murid dan usaha memastikan mereka memperoleh peluang lebih baik untuk melangkah masa depan yang cemerlang,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.

Program itu turut menampilkan sesi motivasi bertajuk Munajat Ilmu, Tekad Membara: Kecemerlangan SPM 2026 yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Shahefeduin Ahmad dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Andalas.

Pengisian berkenaan bertujuan menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan calon sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Image from: Munajat Perdana suntik semangat 500 calon SPM di Selangor
Pelajar dan guru ketika majlis Munajat Perdana SPM 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Peperiksaan SPM 2026 dijadual bermula pada 26 Oktober dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, manakala peperiksaan bertulis berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember, membabitkan 420,879 calon di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved