Muncul dalam filem pendek kambing perap, lakonan Jalil Hamid runtun hati warganet 

EntertainmentMovie
20 Nov 2024 • 3:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Muncul dalam filem pendek

Pelakon veteran, Jalil Hamid menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam filem pendek untuk jenama kambing perap popular, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh oleh jenama kambing perap itu di laman TikToknya, dapat dilihat Jalil Hamid atau nama lengkapnya Abdul Jalil Abdul Hamid melakonkan watak ayah kepada anak perempuannya.

Muncul dalam filem pendek

@pakmatwesterncafee

Pertama kali sebak tengok lakonan Jalil Hamid dalam cerita Pak Mat ini..hargailah ayah selagi masih hidup fyp foryou foryoupage ayah

♬ original sound - pakmatwesternhq - pakmatwesternhq

Difahamkan, filem pendek itu ingin menyampaikan mesej berkaitan seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anaknya kembali sihat daripada penyakit kronik.

Muncul dalam filem pendek

image is not available

Lakonan Jalil Hamid tak pernah mengecewakan!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesan dengan lakonan Jalil yang sangat menjiwai watak sehingga berjaya membuatkan ramai menitiskan air mata.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Teringat dengan ayah sendiri

Dalam pada itu, ada juga individu yang mengimbau kenangan bersama arwah ayah masing-masing malah merindui belaian kasih sayang daripada insan tersebut.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @pakmatwesterncafee