Muncul dalam filem pendek kambing perap popular, lakonan Kamal Adli buat netizen sebak

LocalEntertainment
24 Nov 2025 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rezeki tak salah alamat apabila pelakon terkenal, Kamal Adli muncul dalam filem pendek untuk jenama kambing perap popular sehingga berjaya tarik perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh oleh jenama kambing perap itu di laman TikToknya, dapat dilihat Kamal Adli atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli melakonkan watak seorang anak lelaki yang gigih mencari rezeki buat keluarga.

Lakonan Kamal Adli

Dalam video pendek tersebut, filem pendek itu ingin menyampaikan mesej berkaitan tanggungjawab sebagai anak lelaki dan jangan pernah berhenti untuk berbuat baik kepada masyarakat sekeliling terutamanya kepada orang memerlukan bantuan dengan seikhlas hati.

“Walaupun bahagia bukan milik kita, tak bermakna senyum harus terhenti untuk orang lain,” kata Akmal dalam filem pendek terbabit.

Artikel lain: Muncul dalam filem pendek kambing perap, lakonan Jalil Hamid runtun hati warganet 

Lakonan Kamal Adli

image is not available

image is not available

Netizen terkesan dengan lakonan Kamal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesan dengan lakonan suami kepada aktres popular, Uqasha Senrose yang sangat menjiwai watak.

image is not available image is not available

Semoga terus berjaya Kamal!

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Kamal terus kuat dalam mengharungi dugaan kehidupan dan menzahirkan penghargaan kepada jenama kambing perap tersebut kerana menawarkan tawaran kerja kepada aktor yang berusia 39 tahun tersebut.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Kamal Adli