
Bukan senang untuk kehilangan orang yang tersayang..
Terbaru menurut laporan pada 4 November, ibu kepada penghibur Lee Sang-min telah meninggal dunia dan akan dikebumikan di Dewan Pengebumian Sinchon Universiti Yonsei di Seoul.
Untuk pengetahuan, ibu Lee Sang-min terkenal dengan penampilannya di program “My Little Old Boy” di mana dia mengikuti kehidupan harian anak lelakinya itu bersama penonton.

Pada bulan lalu, Lee Sang-min sendiri pernah berkongsi bahawa ibunya sudah lama mengalami penyakit demensia,
Ibu saya sangat sakit sekarang dan saya telah melihat dia semakin teruk sejak 6 tahun lalu. Sekarang dia tidak mengenali saya dan tak boleh bercakap. Saya susah nak tengok muka dia.
Salam takziah buat Lee Sang-min dan keluarga.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Muncul Dalam ‘My Little Old Boy’, Ibu Lee Sangmin Meninggal Dunia first appeared on KimchiDaily.my.

