Muncul Juara, Johan Ghazali Sekali Lagi Tumpaskan Lawan Dengan K.O. Di One Championship Thailand

27 May 2023 • 12:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kekuatan Johan Ghazali, anak Sarawak berusia 16 tahun ini amat mengagumkan!

Muncul Juara, Johan Ghazali Sekali Lagi Tumpaskan Lawan Dengan K.O. Di One Championship Thailand. Baru sahaja berusia 16 tahun, anak Sarawak ini sudah 2 kali mencipta namanya di pentas antarabangsa Muay Thai dengan pencapaian mengagumkannya.

Sebelum ini, Johan Ghazali pernah menggemparkan satu dunia dengan kemenangannya dalam perlawanan Flyweight Muay Thai di Thailand apabila dia berjaya menumpaskan lawannya dengan KO dalan masa 16 saat sahaja!

image is not available
Muncul Juara, Johan Ghazali Sekali Lagi Tumpaskan Lawan Dengan K.O. Di One Championship Thailand

image is not available

Berjaya menumpaskan lawan yang berpengalaman

Kali ini pula, Johan Ghazali sekali lagi menempa namanya apabila berjaya menumpaskan lawannya Tai Sor Jor Piek Uthai dari Thailand dalam perlawanan Flyweight Muay Thai, One Championship di Lumpinee Stadium, Bangkok semalam.

Dalam perlawanan sengit menghadapi lawan yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang amat baik dengan lebih daripada 50 kemenangan dan lebih dari 30 K.O. Tai Sor Jor Piek Uthai, bukanlah lawan yang biasa buat kali ini untuk Johan Ghazali.

image is not available

Perlawanan sengit yang mengejutkan

Namun Johan berjaya mengejutkan semua penonton perlawanan ini apabila dirinya memperoleh kemenangan K.O. di pusingan ke 3.

Walaupun perlawanan tersebut sengit kerana berdepan dengan lawan yang kuat dan berpengalaman, tumbukan K.O. Johan Ghazali pada pusingan ke 3 itu telah membuktikan kekuatan anak muda dari Sarawak ini.

Tahniah diucapkan kepada Johan Ghazali yang sekali lagi telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Lagi cerita mengenai Johan Ghazali di sini: