Muncul ‘orang ketiga’? Bella Astillah minta henti spekulasi – “Saya tak gaduh dengan sesiapa”

LocalEntertainment
4 Nov 2025 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kehadiran seorang wanita yang didakwa menganggu hubungannya bersama ahli politik, Syed Saddiq.

Minta henti buat spekulasi

image is not available

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Ast illah, 31, memaklumkan perkara itu hanyalah spekulasi liar dan menegaskan bahawa dirinya tidak bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Saya minta tolong jasa baik semua, jangan tanya fasal apa-apa pergaduhan.

“Alhamdulillah tiada gaduh dengan sesiapa,” katanya dalam sebuah siaran langsung.

Pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu turut menasihatkan agar semua pihak dapat melihat sisi positif tanpa membuat sebarang spekulasi.

image is not available

“Kita positif okey? Kita mulakan hari Isnin (semalam) dengan benda-benda baik,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, kecoh dalam media sosial mendakwa ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani tidak pernah memuat naik hantaran foto bersama Bella sebaliknya kerap memuat naik foto bersama wanita yang didakwa juga anak angkatnya.

Malah, Mahani juga mengikuti Instagram wanita itu tetapi tidak berbuat perkara sama kepada Bella.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq dilihat semakin akrab selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada sebagai seorang kawan.

image is not available

Bukan itu sahaja, peminat turut berharap mereka berdua mempunyai hubungan serius apabila Bella dan keluarga masing-masing menemani Syed Saddiq ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu.

Sumber: HibGlam (Nur Al-Fairuza Syarfa Saidi Nor Saidi)