Muncul Sebagai Kameo, Bayaran Song Joongki Dalam ‘Queen Of Tears’ Didedahkan

Entertainment
4 Apr 2024 • 12:43 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, penampilan istimewa Song Joong-ki dalam “Queen of Tears” telah hangat mendapat perhatian.

Meskipun tampil hanya dalam satu episod namun, ramai yang tertanya-tanya adakah Song Joong-ki menerima bayaran yang tinggi untuk kemunculannya?

Seorang pegawai pengurusan berkata,

Dulu, penampilan istimewa hanya boleh dibayar dengan pergi minum bersama tetapi kini, agensi akan tampil dan berbincang terus dengan syarikat produksi. Justeru, bayaran penampilan ditetapkan pada tahap tertentu.

Sambungnya lagi,

Penampilan istimewa bukan hanya kerana kesetiaan kepada kru produksi dan pelakon tetapi ia juga bergantung pada populariti karya, daya tarikan watak itu sendiri atau dialog.

image is not available

Respon pegawai drama pula,

Bayaran untuk penampilan istimewa kadangkala tidak dibayar bergantung pada personaliti pelakon. Memandangkan ciri-ciri Song Joong-ki yang diketahui, ada kemungkinan dia muncul hanya kerana kesetiannya pada produksi dan hubungan bersama pelakon, tanpa sebarang bayaran.

Memang baik hati tau Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.