“Mungkin Ada Yang Terkejut” – Pakai Seksi Nampak Paha Di KLFW22, Elvina Mohamad Beri Respon

Entertainment
30 Aug 2022 • 12:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sedar dirinya dikritik pengikut di Instagram, pelakon jelita Elvina Mohamad tampil memohon maaf kerana berpakaian seksi ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan, pelakon yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis ini berkata dia bukanlah berpakaian begitu setiap hari.

Dia sekadar menggayakan koleksi terbaru rekaan pereka fesyen Alia Bastamam. Pelakon ini tidak menyangka penampilannya pada hari itu menerima kritikan daripada para peminat.

Pelakon ini bagaimanapun mengaku silap dan berpendapat netizen mungkin tidak dapat menerima gayanya begitu kerana sering melakonkan watak wanita lembut dalam drama.

Mungkin itu juga menjadi punca kerana selama ini, saya sering bawa watak lemah-lembut dalam drama. Disebabkan itu, mungkin ada yang terkejut nampak saya pakai begitu (seksi).

Dia sedar tidak semua orang dapat menerima penampilan yang begitu jadi dia dengan ikhlas memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak senang.

Disebabkan itu juga, dia terpaksa menutup ruangan komen perkongsian di Instagram.

Iyalah, peminat tegur bermaksud mereka ambil berat dan sayang kan?

Kredit: Instagram Elvina Mohamad | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.