“Mungkin Benda Nak Jadi” – Lama Menyepi, Pelakon Azar Azmi Muat Naik Hantaran Menyayat Hati

EntertainmentHealth & Fitness
28 Jan 2026 • 6:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang membantu individu rapat yang dipanggilnya sebagai ‘Abah’, yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Bentong, Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak, pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Azar Azmi atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi menjelaskan bahawa pemergian ‘Abah’ bukan disebabkan faktor pemanduan laju atau mengantuk, sebaliknya berpunca daripada masalah kesihatan serius iaitu sekatan jantung peringkat ketiga (third-degree heart block).

Advertisement
View this post on Instagram

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu beliau semasa kejadian. Kami minta maaf kami tak mampu untuk membalas jasa baik anda semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa penat dan lelah awak semua.”

“Mungkin benda nak jadi dan masa abah dah pun sampai, benda jadi pun masa abah tengah drive. Bukan sebab abah drive laju atau mengantuk, even the car condition also tiada masalah. 3rd degree complete heart block menyebabkan semua damage.”

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut memohon doa orang ramai buat Allahyarham Mohd Sapri bin Aziz, sambil meluahkan rasa kehilangan terhadap insan yang disifatkannya sebagai sangat baik dan penyayang.

View this post on Instagram

Menurut Azar, pemergian ‘Abah’ meninggalkan kesan mendalam buat dirinya kerana tiada lagi insan seumpamanya yang mampu mengisi kekosongan tersebut.

Untuk rekod, Azar Azmi merupakan anak yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Azmi Meri dan Arbaayah Aminah, sekitar tahun 2015 hingga 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-28 18:28:28

'Stress Kerja Antara Penyumbang G*y, Kecelaruan Songsang' - Menteri Agama

The post “Mungkin Benda Nak Jadi” – Lama Menyepi, Pelakon Azar Azmi Muat Naik Hantaran Menyayat Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.