
MUNGKIN Ini Bukan Sayang?, lagu ciptaan dan nyanyian artis terkenal Sabah Velvet Aduk, dinobatkan sebagai juara Carta Lagu Artis Sabah (Clas) Musim 15 di sini, pada Sabtu.
Velvet memenangi pertandingan yang diadakan di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dan membawa pulang RM5,000, trofi dan hadiah iringan lain.
Velvet turut memenangi anugerah vokal terbaik, untuk menerima RM3,000 dan trofi.
Kategori persembahan terbaik dimenangi oleh Santiana Ramli dengan lagu Sumpah Setia.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Menanti Akhirnya Malam, digubah oleh Audrey dan dinyanyikan oleh Cearah Amburus, memenangi anugerah lirik terbaik.
Kedua-dua pemenang bagi kategori persembahan terbaik dan lirik terbaik menerima RM3,000 setiap seorang.
Sembilan lagi finalis masing-masing menerima hadiah saguhati RM1,000 dan hadiah iringan lain.
Kesemua hadiah utama disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.
Gembira dengan kemenangan itu, Velvet berkata semua yang dicurahkannya ke dalam Mungkin Ini Bukan Sayang? tidak sia-sia.
“Selalunya, saya rasa seperti tidak mahu menyanyi lagi, tetapi hati saya tetap dalam bidang ini,” katanya.
“Saya berada pada titik hidup saya di mana saya ingin mencipta karya tanpa bimbang tentang penerimaan orang.
“Saya tidak lagi berusaha untuk menghasilkan apa yang orang mahukan.
“Dan selama ini, saya telah menulis lagu yang saya suka, dan saya gembira orang lain juga menyukainya.”
Mengenai lagu kemenangannya, dia berkata dia juga terkejut apabila dicalonkan.
“Apabila saya menerima jemputan untuk menyertai pertandingan itu, ia adalah jemputan yang sukar ditolak.
“Semua lagu yang saya cipta adalah dari hati...saya hayati dengan mendalam ketika mencipta dan mempersembahkan lagu ini.
“Saya membuat lagu ini pada 2019 dan mengeluarkannya pada 2020 atau 2021.
“Saya mengambil masa yang sangat lama untuk membuat lagu ini kerana saya menghayatinya dengan ikhlas ketika saya menulisnya.
“Dan saya gembira apabila orang lain turut merasai emosi lagu ini.
“Kebanyakan lagu saya adalah mengenai patah hati. Ia adalah dari sudut pandangan saya dan persekitaran saya,” katanya.
Pertandingan anjuran Bahagian Hiburan dan Muzik RTM Sabah itu menampilkan 10 peserta akhir.
Selain Velvet, turut berentap ialah Menanti Akhirnya Malam (Audrey, Cearah Amburus), Sumpah Setia (Ed Widad, Nizar, Santiana Ramli), Teguh (HR Nafie, Qalisya), Cinta Tak Sempurna (Amy Pengalat, Putra Hafiez Ek Rocasia, Rocasia), Kisah Kita (Rodie Sofazr, Mamat, Cg Mornie, Ires), Kerlingan Rindu (Wan Khatulistiwa, Nanie Veenee), Rasa Hati (Clarence Bob, Verryca B), Penjaga Jodoh (Edwan Abo, Apiz Paschya), dan Sakitku Bahagiamu (Lai Norman Noh, Fadh Lee).
Clas 15 bertujuan memartabatkan industri muzik dengan mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada komposer dan penulis lirik tempatan dari Sabah untuk bersaing di peringkat nasional.
Penaja utama program tahun ini ialah Jetama Sdn Bhd dan Sabah Oil Gas and Development Sdn Bhd.
Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Penyiaran Sabah Salmah Hashim, Timbalannya, Cyril Simon, Penolong Pengarah Bahagian Hiburan dan Muzik Howard Martin Kim Sung, dan penerbit Clas 15 Dayang Marni Awang Matusin.
Dalam pada itu, Velvet menyuaran harapan agar artis muda tempatan akan terus maju dan terus berkarya.
“Di Sabah, arena kreatif adalah kecil, dan perlu ada lebih banyak platform untuk mempamerkan bakat kita, terutama untuk golongan muda.
“Namun, menjadi terkenal bukan sekadar mengeluarkan single, tetapi memerlukan usaha gigih untuk bergelar anak seni.
“Jika anda hanya mahu menjadi artis untuk kemasyhuran, ia tidak akan bertahan lama.
“Ini adalah satu bentuk seni yang memerlukan anda mencurahkan seluruh semangat anda ke dalamnya.
“Saya harap artis muda akan terus bekerja keras. Kita mungkin tidak nampak kemajuan yang ketara sekarang, tetapi saya mahu melihat arena hiburan di Sabah menjadi industri suatu hari nanti.
“Kita mampu, tetapi peluang mungkin kurang,” katanya.
Untuk tujuan ini, beliau memuji usaha RTM Sabah dalam penganjuran Clas.
“Ia boleh mengangkat martabat artis tempatan kerana arena kreatif ini perlu dipandang serius,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
