“Mungkin Juga Kita Sekarang Sedang Di Kifarah” – Kazar Saisi Kongsi Peringatan Untuk Semua

Entertainment
26 Jan 2023 • 10:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama pelakon senior, Kazar Saisi baru-baru ini sering disebut-disebut seleaps anaknya Ira Kazar berkahwin dengan pengarah, Syamsul Yusof sebagai isteri kedua selepas Puteri Sarah Liyana.

image is not available

Sejak itu juga, apa sahaja yang dilakukan Ira dan Kazar pasti dapat perhatian netizen kerana rata-ratanya menantikan mereka mengeluarkna kenyataan berkenaan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, sejak masalah ini timbul, mereka jarang mengeluarkan apa-apa kenyataan. Terbaru, Kazar Saisi yang sering memuat naik gambar dan video nasihat di Instagram berkongsi pula tentang ‘karma’ yang dihadapi sebuah kereta.

Instant karma! Mungkin kita sedang hadapi kifarah…

Di akhir penulisannya, Kazar turut berkongsi sedikit peringatan dan mengajak semua pengikut untuk muhasabah diri.

Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah, mudah-mudahan kita semua dikurniakan keredhaan yang ikhlas.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media