Mungkin kelemahan datang dari saya, sudah tiba masanya untuk mengundur diri – Akmal Saleh

LocalPolitics
7 Jan 2026 • 11:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh seolah-olah beri bayangan mahu mengundur diri selepas semua perjuangannya selama ini dalam arena politik sudah dilaksanakannya.

Dr Akmal turut mengakui segala usaha telah dilakukan sebaik mungkin, namun tidak menolak kemungkinan kelemahan berpunca daripada dirinya sendiri.

Malah, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong yang tidak pernha berhenti menyokong perjuangannya selama ini.

Mengundur diri

image is not available

“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik.
“Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri, mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri.
“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama,bangsa dan tanah air.
“Insya-Allah waktunya akan sampai jua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Artikel lain: Setuju beberapa usul Konvensyen Khas, Akmal Saleh ucap terima kasih kepada Zahid

image is not available

Sebelum ini, Dr Akmal mencadangkan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan beralih menjadi pembangkang.

Beliau turut meluahkan hasrat agar UMNO dan PAS dapat bersatu demi membentuk penyatuan orang Melayu dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan terus kekal dengan Kerajaan Perpaduan sehingga kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) tamat penggal pentadbiran.

Sumber: Facebook @Akmal Saleh