Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai

6 Jan 2023 • 4:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Misteri bot terdampar di Pantai Trombol hampir terungkai, dipercayai milik kapal kargo MV Lider Express, China

Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai. Beberapa hari yang lalu, penduduk di sekitar Pantai Trombol heboh dengan penemuan sebuah bot penyelamat kosong yang terdampar. Hari ini pula misteri bot penyelamat terdampar berkenaan hampir terungkai.

Bot penyelamat yang hanya menunggu pengesahan rasmi pihak berwajib tersebut, dipercayai milik kapal kargo MV Lider Express. Kapal kargo milik China ini dilaporkan mengalami permasalahan semasa belayar.

image is not available
Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai. Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS – BBcats

Dipercayai kemungkin bot penyelamat ini hanyut dan terdampar kerana kapal kargo alami masalah semasa belayar dan penemuan perkataan Cina kuatkan sangkaan ianya milik China

Oleh sebab permasalahan teknikal yang dihadapi semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia, berkemungkinan bot penyelamat tersebut terpisah dari kapal kargo yang membuatkan ianya hanyut sehingga terdampar di Pantai Trombol.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamans Pertama Maritim Zin Azman MD Yunus, bot penyelamat tersebut dipercayai milik kargo China kerana beberapa tulisan Cina yang ditemui.

Bukan itu sahaja, perkataan “Bohamingzhu” yang turut ditemui pada bot penyelamat tersebut menguatkan lagi sangkaan bahawa ianya milik kapal kargo China yang dimaksudkan.

image is not available
Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai. Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS – BBcats

Sementara menunggu pengesahan rasmi, bot berkenan akan dilanjutkan siasatan oleh pihak APMM dan Polis Diraja Malaysia kerana ianya juga akan dipindahkan terlebih dahulu ke kawasan berdekatan di Telaga Air.

Sudahlah sekarang rakyat Malaysia tengah ‘sensitif’ sikit dengan nama China ni dek kerana khuatir dengan Covid varian baru dan kemasukan pelancong dari sana. Diharapkan misteri bot penyelamat yang dipercayai milik China ini, tidak mendatangkan apa-apa keresahan yang lain kepada rakyat.

Ini antara artikel yang berkaitan dengan isu Covid dan kemasukan pelancong yang hangat perdebatan kan dalam kalangan orang ramai ketika ini: