“Mungkin Nak Elak Bayar Tol” – Myvi Selamba Guna Laluan Motosikal Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalCars
7 Jan 2025 • 4:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kebanyakan lebuh raya di Malaysia ada menyediakan laluan khusus buat penunggang motosikal.

Kebiasaannya, laluan berkenaan diwujudkan secara berasingan bagi memudahkan pergerakan selain memastikan keselamatan kumpulan itu ketika melalui laluan tersebut.

Namun entah mengapa, ada kenderaan lain khususnya kereta dilihat cuba menggunakan laluan khas untuk motosikal.

Perodua Myvi Selamba Guna Laluan Motosikal Di Lebuh Raya

Terbaharu, tular di media sosial video sebuah kereta Perodua Myvi selamba menggunakan laluan motosikal di Lebuh Raya Shah Alam – Klang (KESAS) semalam (6 Januari).

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok @awinkrapkrap, kelihatan pengguna berkenaan yang menaiki motosikal mengekori kereta berwarna putih itu.

“Dia masuk dari Bukit Jalil, Ada mungkin elak bayar tol? Aku ikut je kau” tulis pemuda berkenaan.

Myvi Tetap Teruskan Perjalanan Walaupun Ada Laluan Keluar

Apa yang menjadi perhatian, kereta berkenaan dilihat tetap meneruskan perjalanan walaupun terdapat laluan keluar daripada laluan tersebut.

Malah, penunggang lain yang melihat Perodua Myvi yang melalui laluan tersebut hanya mampu tersenyum.

“Abang motor tu senyum je. Ada exit di hadapan, Oh tak keluar,” kongsi pengguna itu lagi.

Pengguna berkenaan turut menzahirkan kerisauannya apabila melihat Perodua Myvi yang turut terkenal dengan gelaran King akan melalui terowong di laluan berkenaan.

Namun, kereta tersebut dilihat berjaya melepasi terowong berkenaan walaupun saiznya agak kecil dan hanya muat untuk motosikal.

Malah, pengguna itu berpendapat pemandu Perodua Myvi itu seolah-olah seperti sudah biasa menggunakan laluan tersebut.

“Masuk terowong tu lepas tak ke tak kau? Boleh tu! Rasanya bukan kali pertama kau buat ni,” tulis pengguna berkenaan.

Kereta Dipercayai Ditahan Staf Lebuh Raya

Pada akhir perkongsian tersebut, dapat dilihat sebuah lori peronda yang dipercayai kakitangan lebuh raya menyedari perbuatan pemandu Perodua Myvi itu.

“Hah staf Kesas sampai tu. Macam nak tahan dia tu. Layan sampai exit Klang Lama. Tahan jangan bagi dia terlepas, staf kesas tahan king (Myvi),” kongsi pengguna itu lagi.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kakitangan lebuh raya berkenaan ada mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 236,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi tersebut.

Ada yang berpendapat kemungkinan sistem navigasi pemandu Myvi itu telah memberikan panduan yang salah dengan menunjukkan laluan motosikal.

Malah, ramai yang turut berkongsikan pengalaman sendiri berhadapan dengan kesalahan sistem tersebut.

Tidak hanya itu, ada yang berpendapat pemandu berkenaan telah biasa membawa motosikal dan terlupa membawa kereta hingga menyebabkan dia melalui laluan tersebut.

Namun, ada yang berpendapat individu berkenaan sememangnya telah biasa dengan laluan tersebut hingga menyebabkan dia melalui laluan itu semata-mata mahukan tol percuma.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Dia Pakai Google Map Untuk Motor, Aku Pernah Kena, Nasib Lebih Bijak Untuk Tukar Mode”

image is not available

“Dia Lupalah Tu, Hari Ni Bawa Kereta, Selalu Bawa Motor Pergi Kerja”

image is not available

“Kalau Dia Tak Pernah Buat Mesti Dah Menggelabah, Sebelum Tu Ada Exit Kot, Ini Dah Biasa Buat Tengok Cara Dia”

image is not available

“Dia Dah Biasa Jalan Motosikal Tu, Dia Rasa Kereta Dia Macam Lepas Lalu Situ”

image is not available

“Lepas Ni Lorong Motor Kena Letak Penghadang Supaya Motor Tak Boleh Lalu, Hanya Motor Sahaja Boleh Lalu”

image is not available

Source: