‘Mungkin nampak malu, bodoh, tapi ini perkara terhebat saya buat’ – Britney Spears umum kahwin diri sendiri

EntertainmentMusic
22 Oct 2024 • 6:14 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Setelah setahun bercerai dengan bekas suaminya Sam Asghari, penyanyi Britney Spears mengejutkan ramai apabila mengumumkan ‘perkahwinannya’.

Bagaimanapun tidak diumumkan ‘pasangannya’ tetapi dia mendakwa telah berkahwin dengan dirinya sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Britney mengenakan gaun putih dan veil beserta solekan di wajah.

image is not available

“Hari di mana saya berkahwin dengan diri sendiri. Mungkin memalukan dan tampak bodoh, tapi ini adalah perkara yang paling hebat saya lakukan,” tulisnya.

Ketiga-tiga perkahwinan Britney sebelum ini semuanya berakhir dengan kegagalan.

Perkahwinan pertamanya dengan Jason Alexander pada tahun 2004. Perkahwinan tersebut dikatakan hanya mampu bertahan selama 55 jam.

Menerusi perkahwinan kedua pula bersama Kevin Federline dikurniakan dua anak lelaki dan berpisah pada tahun 2007.

Tahun 2022 pula, Britney mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan bersama Sam Asghari namun berpisah setelah 14 bulan bersama.