“Mungkin saya bukan orang baik, tapi saya tidak munafik” – Bella Astillah

Entertainment
19 Apr 2024 • 4:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon sensasi, Bella Astillah yang berkongsi sebuah kenyataan mengenai personalitinya kepada umum telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 30 tahun itu di laman Instagramnya, dia mengakui bukan seorang insan yang baik namun, sekurang-kurang tidak berpura-pura baik (munafik) di hadapan khalayak ramai.

Bella Astillah

Mungkin saya bukanlah orang yang baik, dan saya tak perlu dianggap baik.

“Akan tetapi paling tidak saya ‘tidak munafik’ dengan berpura-pura baik,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, Bella yang tidak menjelaskan punca dia berkongsi kenyataan tersebut telah mengundang tanda tanya ramai

Bella Astillah

image is not available

Tak perlu tunggang agama untuk nampak suci!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran yang dimuat naik oleh Bella dimana seseorang tidak perlu untuk menunggang agam sendiri demi menutup kesalahan.

image is not available image is not available

Ramai beri kata-kata semangat

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella untuk terus kuat meneruskan kehidupan bersama anak-anak walaupun kini sedang terpalit dengan masalah rumah tangga.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Bella mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang bersama wanita lain lebih 11 kali termasuklah adiknya, Eriqa Astillah.

Susulan itu, Bella memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan untuk berpisah dengannya.

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

image is not available

Sumber: Instagram @Bella Astillah