Mungkin ‘Tersalah’ Ambil Oleh Seseorang, Beg Sofyank Hilang Di ‘Airport’ Singapura Tapi Hari Ini Dah Dekat Filipina

26 May 2023 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pereka video kesan visual Malaysia, Sofyank meminta bantuan netizen selepas dia kehilangan sebuah beg sandang yang mengandungi barangan penting miliknya termasuklah hasil projek video yang belum diterbitkan.

Menerusi Twitter, anak muda dari Kelantan itu berkata dia menaiki penerbangan bersama FlyScoot dari Malaysia ke Singapura, semalam dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada jam 10.50 malam.

Tambah Sofyank, dia mengesyaki mungkin ada individu tersalah ambil beg tersebut yang berisi dompet, laptop dan hard disk.

Jelasnya, dia telah menggunakan AirTag yang dihubungkan pada smartphone dan mendapati beg itu pada awalnya dikesan berada di lokasi yang sama.

Namun, berdasarkan hantaran terbaru daripada Sofyank dia berjaya mengesan beg tersebut namun kini sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di Filipina.

Dalam pada itu, ramai netizen menghebahkan insiden tersebut di media sosial dan berharap agar dengan kuasa viral, beg Sofyank akan dapat ditemukan semula.

Malah, ada yang membantu memberikan maklumat beberapa penerbangan dari Singapura ke Clark yang mungkin dinaiki individu berkenaan bersama beg sandangnya.

image is not available 4 minggu lalu

4 Tahun Pasang Impian, Sofyank Akhirnya Kolaborasi Dengan Zach King Dalam Video VFX Terbaru - "Malaysia Bangga!"