“Mungkin Tersedak Nama Kena ‘Petik'” – Ismail Izzani Kemalangan Ketika Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Entertainment
12 Jan 2024 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani dilaporkan telah mengalami kemalangan kecil ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi sekitar pukul 9 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan pengurus Ismail, Gizmo di mana dia memaklumkan bahawa penyanyi itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya luka di bahagian tangan.

Alami kemalangan ketika menunggang motosikal

Ya betul, dia terlibat dalam kemalangan. Dia cuma mengalami kecederaan ringan. Tiada kecederaan yang serius. Dia kemalangan lebih kurang pada 9 malam tadi.

Gizmo dalam pada itu memberitahu bahawa dia juga masih belum mendapat info penuh mengenai kemalangan tersebut dan hanya tahu ia berlaku di Kuala Lumpur.

image is not available

Sumber : Instagram  

image is not available

Sumber : Instagram  

Saya tidak pasti dekat mana berlaku. Hanya tahu dekat Kuala Lumpur sahaja. Saya pun tidak tahu puncanya sebab apa. Saya masih belum mengetahuinya.

Difahamkan, Ismail Izzani ada memuat naik foto saat dia terlibat kemalangan di Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.

Luka di tapak tangan, motosikal rosak

Dalam foto tersebut, kelihatan luka-luka berdarah di bahagian kedua-dua belah tapak tangannya. Manakala motosikal yang ditunggang Ismail mengalami kerosakan pada bahagian depan dan sisi.

Menjengah ke ruangan komen sebuah portal yang memaparkan berita itu, netizen mendoakan agar Ismail berada dalam keadaan yang baik dan pulih seperti biasa.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen ‘nakal’ memandangkan nama penyanyi itu ‘dipetik’ dua selebriti kontoversi baru-baru ini!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hours ago

"All The Best Daddy" - Ucapan Farah Lee Kepada Ally Iskandar Jadi Tumpuan Warga Maya