Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022

20 Jan 2023 • 7:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lukisan seorang gadis memeluk kucing oleh Leonard Siaw.

Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022. Dilaporkan, lukisan artis mural berbakat tinggi dari Sarawak, Leonard Siaw berjudul ‘I Heart Kuching’ yang terletak di Jalan Wawasan, Kuching telah dicalonkan untuk Anugerah Street Art Cities.

Leonard Siaw merupakan artis Mural asal Sarawal yang telah banyak menghasilkan lukisan mural mengagumkan. Jika anda ke Bandaraya Kuching, anda boleh melihat banyak hasil lukisan artis berbakat ini!

image is not available
Mural Hasil Leonard Siaw ‘I Heart Kuching’ Dicalonkan Untuk Anugerah Street Art Cities Best Of 2022. Kredit foto: Leonard Siaw

Melambangkan Bandaraya Kuching

Mural yang menggambarkan seorang gadis tersenyum sambil memeluk kucing itu melambangkan bandar Kuching kerana nama Bandaraya Kuching berasal daripada perkataan Melayu kucing.

Di sebalik mural yang indah itu, terdapat cerita di sebaliknya di mana gadis yang memeluk kucing tersebut sedang senyum melalui kesakitan bertarung dengan penyakit talasemia.

image is not available
Kredit foto: Leonard Siaw

Undi lukisan ‘I Heart Kuching’

Menurut Batuk Bandar Majlis Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng pula, lukisan tersebut menggambarkan aura positif, semangat serta belas kasihan penduduk Kuching.

Selain itu beliau juga berkata penduduk Sarawak boleh mengundi lukisan mural tersebut dalam usaha untuk memenangi Anugerah Street Art Cities dengan memuat turun aplikasi ‘Street Art Cities’ di Apple App Store atau Google Playstore.

Undian ini bagaimanapun hanya akan berlangsung selama 12 hari sahaja.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: