Mural Wanita Membuat Kuih Ang Ku Di Jalan Padungan Ini Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Kuching

3 Feb 2023 • 8:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mural dilukis oleh artis berbakat tinggi dari Sarawak, Leonard Siaw.

Mural Wanita Membuat Kuih Ang Ku Di Jalan Padungan Ini Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Kuching. Lukisan mural menggambarkan Goh Beng Choo atau lebih dikenali sebagai Aunty Goh sedang membuat kuih tempatan kegemaran ramai iaitu kuih ang ku di dinding sebuah rumah kedai di Jalan Padungan telah siap.

Dilukis oleh artis mural berbakat tinggi dari Sarawak, Leonard Siaw, mural realistik dengan ketinggian bangunan 2 tingkat itu menggambarkan Aunty Goh sedang membuat menu signaturenya kuih Ang Ku.

image is not available
Mural Wanita Membuat Kuih Ang Ku Di Jalan Padungan Ini Bakal Jadi Tarikan Baharu Di Kuching. Sumber foto: FB Hoan Kee Huang

Nostalgia kerana kuih ang ku sebahagian dari zaman kanak-kanaknya

Dipetik dari The Borneo Post, sebab Leonard menjadikan gambar itu sebagai muralnya adalah kerana dia berasa nostalgia dengan kuih Ang Ku yang telah menjadi sebahagian besar daripada zaman kanak-kanak hampir semua orang.

Mendapat inspirasi apabila pertama kali melawat dapur Aunty Goh, Leonard telah memilihnya sebagai subjek karya seni masterpiece nya kali ini.

Memulakan lukisan tersebut pada minggu kedua Disember tahun lepas, mural Leonard menggambarkan Aunty Goh membuat Kuih Ang Ku ini sudahpun siap sepenuhnya.

image is not available
Sumber foto: The Borneo Post, Chimon Upon

Inisiatif MBKS mengindahkan lagi Bandaraya Kuching

Mural ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk mengindahkan lagi jalan yang sudah berabad tahun usianya itu.

Perkara ini juga secara tidak langsungnya akan menjadi tarikan pengunjung dan para pelancong asing yang datang ke Kuching.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: