Murid 6 tahun masuk Darjah Satu: Saya nak mula tahun ni, tapi kementerian kata sabar – PM

LocalPolitics
28 Jan 2026 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu bermula 2027 tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan hebat dalam kalangan ibu bapa.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau berkata sistem pendidikan Malaysia perlu lakukan pembaharuan memandangkan langkah tersebut sudah diguna pakai lebih 100 negara.

Murid 6 tahun masuk Darjah Satu

image is not available

“Biarlah dua, tiga orang merengek, kata tidak bersedia, anak belum matang, anak masih minum susu… Kenapa kita harus ke belakang? Kita harus maju ke depan.
“Ada setahun lagi nak masuk darjah satu (ada masa lagi), siapkanlah jangan ketinggalan,” katanya.

Jelas Anwar lagi, pendekatan tersebut tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia adalah salah satu usaha untuk memartabatkan mutu pendidikan negara.

“Saya harap ibu bapa beri kerjasama beri galak kalau tidak kita bergaduh tumpu mutu pendidikan. Itu cabaran kita terbesar.
“Kalau mahu angkat martabat negara, mutu pendidikan perlu diangkat,” katanya lagi.

Pada awalnya, beliau mahu sistem tersebut dimulakan pada tahun ini namun, Kementerian Pendidikan memohon ruang dan masa selama satu tahun.

image is not available

“Kita tidak mampu wajibkan tahun ini. Kalau ikut saya saya nak wajibkan (tahun ini) tapi kementerian kata sabar, nanti orang marah.
“Saya mahu perkara ini digerakkan supaya anak kita tidak ketinggalan,”  ujarnya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, sementara tahun satu pula akan bermula pada usia enam mulai sesi persekolahan 2027.

Bagaimanapun, ia berdasarkan pilihan secara sukarela ibu bapa serta tertakluk kepada kesediaan kanak-kanak dan ujian saringan diagnostik tidak perlu dilaksanakan.

Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)