Murid Boleh Pakai Baju Sukan Susulan Cuaca Panas Yang Melanda Negara

19 Mar 2024 • 4:08 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Rayuan ibu bapa agar murid Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dibenarkan untuk memakai pakaian sukan ekoran cuaca panas yang melanda negara mendapat maklumbalas yang memberangsangkan dari Kementerian Pendidikan.

image is not available

Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru semua institusi pendidikan untuk mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan sopan semasa cuaca panas.

KPM berkata, pertimbangan kebenaran khas itu dibuat berdasarkan kepada keperluan dan situasi di institusi masing-masing.

image is not available

Pada masa sama, KPM juga menetapkan agar aktiviti di luar bilik darjah perlu ditangguhkan jika cuaca terlalu panas dalam usaha menjaga kesihatan murid dan guru dalam menghadapi cuaca panas.

Susulan itu, katanya, semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved