Murid Kejar Kereta Ibu Tular, Polis Buka Kertas Siasatan

LocalFamily & Parenting
23 Aug 2025 • 12:39 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan, Selangor.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata pihaknya sudah menerima laporan daripada ibu kanak-kanak berkenaan yang merupakan seorang suri rumah berumur 37 tahun.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku kira-kira 12 tengah hari 20 Ogos ketika suri rumah berkenaan mengambil pasangan anak kembarnya dari sekolah, namun semasa membuat pusingan U wanita itu menyedari ketiadaan seorang daripada anaknya di dalam kereta.

“Pengadu terus memberhentikan kenderaan setelah melihat anak lelakinya mengejar kereta dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Farid berkata video berdurasi seminit berkenaan telah dimuat naik oleh satu akaun Facebook dengan kapsyen ‘marah anak janganlah tergamak buat sampai macam tu sekali’ dan telah mengundang pelbagai komen negatif daripada pengguna media sosial terhadap wanita itu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Kes masih dalam siasatan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Murid Kejar Kereta Ibu Tular, Polis Buka Kertas Siasatan appeared first on The Malaysian Update.