Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan

29 Nov 2023 • 5:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Murid lelaki dipukul beramai-ramai di sebuah sekolah di Kota Samarahan

Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media melalui Ketua Polis Daerah Kota Samarahan mengenai satu kiriman yang dimuat naik di Facebook yang menunjukkan seorang remaja yang didakwa telah dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan remaja di hadapan sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

Polis Kota Samarahan mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa pada 29 November 2023, jam lebih kurang 01:08 pagi. Setelah itu, pihak polis telah menahan dua orang suspek utama yang terlibat, yang berumur 16 tahun dan 17 tahun.

image is not available
Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan. Sumber: facebook

Melibatkan sekumpulan pelajar dari sekolah yang sama

Menurut video yang tular itu, pergaduhan terbabit dipercayai melibatkan sekumpulan pelajar dari sekolah sama dan pelaku yang menunggang motosikal dilihat berulang kali memukul dan menendang mangsa sehingga terjatuh di atas jalan.

Difahamkan, pergaduhan itu tidak dihentikan mana-mana pihak dan disaksikan beberapa lagi individu penunggang motosikal di lokasi berkenaan, yang rakan si pelaku. Mungkin juga ada sebahagian mereka yang enggan masuk campur dengan situasi tersebut.

Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara atau denda yang ditetapkan oleh mahkamah atau kedua-duanya, mengikut kesesuaian.

image is not available
Murid Lelaki Jadi Mangsa Buli Geng Samseng Bermotosikal Di Kota Samarahan

Jangan membuat sebarang spekulasi berkataitan video tular itu

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan turut menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan komen yang negatif di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes buli:

https://www.iloveborneo.my/ekzos-bingit-remaja-dipukul-sekumpulan-individu-upacara-keagamaan/

https://www.iloveborneo.my/tular-video-perempuan-dipukul-oleh-seorang-lelaki-gelar-diri-gangster-sibu/