Murid-murid Korea Terhibur Layan Upin & Ipin, Siap Tahu Dialog ‘2 Singgit, 2 Singgit’ [Video]

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 2:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Umum mengetahui, filem animasi tempatan semakin berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadi kebanggaan Malaysia.

Animasi seperti Upin & Ipin, BoBoiBoy, Mechamato, Ejen Ali dan banyak lagi tidak hanya mendapat tempat di hati penonton tempatan dan luar negara, malah turut mendapat pengiktirafan badan antarabangsa.

Tular murid-murid di Korea Selatan terhibur layan animasi Upin & Ipin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sekumpulan murid-murid di Korea Selatan terhibur menonton animasi Upin & Ipin yang ditayangkan oleh seorang guru lelaki daripada Malaysia.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok milik guru tersebut @khai_eun_woo, kelihatan para pelajar itu sangat khusyuk menontonnya.

Malah, kedengaran juga mereka seakan berbual semasa sendiri tentang ‘scene’ yang sedang dipertontonkan dalam animasi terbabit.

Pelajar-pelajar Korea siap tahu dialog ‘2 singit, 2 singgit’

Menurut guru tersebut yang dikenali sebagai Khai, para pelajarnya itu juga tahu akan dialog ‘2 singgit, 2 singgit’ yang sering disebut oleh watak Mail.

Dalam video sama, turut kedengaran gelak tawa pelajar-pelajar terbabit yang begitu terhibur dengan jalan cerita animasi Upin & Ipin itu.

@khai_eun_woo

Replying to @TIRA 💞🇲🇾 Diaorang dah tau 2 singgit 2 singgit 2 singgit

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Menerusi satu video baru, Khai turut memperkenalkan animasi Mechamato pada murid-muridnya.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat banyak mempromosikan budaya Malaysia antaranya baju Melayu, tanjak, tarian ewa bulan.

Difahamkan, kedatangan Khai di sana adalah sebahagian daripada program pertukaran guru antara Malaysia dan Korea Selatan.

@khai_eun_woo

Replying to @Sue Ana @MONSTA Mechamato Mechanize. Saya saja buka version BM supaya diaorang dapat kenal Bahasa Melayu jugak. #KOMTEP #KOMTEP2024 #MECHAMATO #KOREA #MALAYSIA

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Baca Artikel Berkaitan:

Source: