“Murid Paling Rajin, Menangis Dalam Toilet Sebab Dia Kena Buli” – Cikgu & Rakan Sekolah Tampil ‘Back-Up’ Uqasha Senrose

17 Mar 2023 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, semalam kecoh mengenai seorang individu di Twitter mendakwa dirinya telah dibuli oleh pelakon wanita, Uqasha Senrose ketika di bangku sekolah.

Enggan mendiamkan diri, Uqasha tampil pertahankan diri dengan berkata segala tuduhan itu adalah fitnah dan meminta individu terbabit tampil memberinya bukti jika benar diri dibuli 15 tahun lalu.

Susulan itu, isu terbabit telah menjadi besar hingga beberapa rakan serta cikgu sekolah Uqasha tampil ke hadapan untuk menjawab tuduhan yang telah dilemparkan oleh individu berkenaan.

Menurut rakan sekolah Uqasha itu, dia berkawan dengan pelakon terbabit selepas menemuinya sedang menangis di dalam tanda akibat dibuli.

Dalam pada masa yang sama, isteri kepada Kamal Adli ini juga retweet beberapa ciapan menunjukkan cikgu di sekolahnya itu memberi komen mengenai isu yang berlaku,

image is not available

image is not available

Sekadar info, individu wanita yang mendakwa dibuli oleh Uqasha Senrose itu telah membuat ciapan bahawa dia dibuli secara mental hingga mengakibatkan diri mahu membunuh diri.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) "Saya Yang Pindah Sekolah.." - Uqasha Senrose Nafi Buli Rakan Sekolah