Murid PPKI SK Meru meninggal dunia akibat Influenza A

LocalHealth & Fitness
17 Oct 2025 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 OKT: Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Klang dekat sini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Influenza A awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai berita sedih membabitkan seorang kanak-kanak istimewa itu menjelang Subuh pagi tadi.

“Mangsa yang juga murid pendidikan khas berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Vijaya Rao berkata pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved