Murid sekolah rendah pamer kefasihan tutur bahasa ibunda di KDCA

24 May 2024 • 6:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

Kota Kinabalu: Kaamatan datang lagi. Seperti biasa perayaan ini menonjolkan antara lain kegusaran ramai mengenai kemungkinan pupusnya identiti dan bahasa ibunda orang asal Sabah berikutan tidak ramai lagi menutur bahasa mereka.

Kebimbangan ini memaksa Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) sebagai penganjur Pesta Kaamatan mengadakan pertandingan ‘mananong’ dan ‘monusuyan’ dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud pertandingan bercerita kisah fiksyen dan kisah benar.

Isnin ini (27 Mei) seramai 104 murid sekolah rendah akan berentap mempamerkan kefasihan dan kepetahan bertutur bahasa ibunda dalam pertandingan mananong dan monusuyan di Hongkod Koisaan Penampang.

Program ini adalah antara pengisian penting sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Hongkod Koisaan Penampang yang dibukakan penyertaan kepada pelajar sekolah rendah. Program ini mula diadakan pada tahun 2018.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved