Murid Sekolah Rendah Solat Jemaah Beramai-Ramai Sebelum Masuk Kelas Raih Pujian [Video]

LocalFamily & Parenting
20 Dec 2024 • 12:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebagai umat Islam, solat merupakan tiang agama dan ibadah yang wajib dilaksanakan.

Kepentingan mendirikan solat dapat dilihat apabila Rasulullah SAW menerusi satu hadis menyuruh ibu bapa mengajar anak tentang solat sejak umur tujuh tahun dan memukul mereka dengan tujuan mendidik sekiranya mereka tidak mahu mendirikannya ketika umur 10 tahun.

Pada ketika ini, bukan sahaja ibu bapa memainkan peranan, namun pihak sekolah khususnya golongan pendidik turut sama mengajar anak kecil tentang solat.

Yang menariknya, masing-masing mempunyai cara tersendiri bagi mengajar dan menerapkan ilmu tentang solat dalam kalangan anak kecil.

Solat Berjemaah Ramai-Ramai Sebelum Masuk Ke Kelas

Contohnya seperti murid sebuah sekolah rendah di Johor yang akan melaksanakan solat berjemaah sebelum masuk ke kelas.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @rizamsarbini, dapat dilihat ratusan murid baik lelaki atau perempuan sedang mendirikan solat jemaah.

Apa yang menjadi perhatian adalah pada ketika itu pelajar berkenaan sedang membaca surah Al-Kahfi sebagai surah pilihan.

“Al-Kahfi bergema. Moga menjadi asbab untuk kebaikan kita semua,” tulis pengguna itu.

Jelas pengguna yang dikenali sebagai Rizam Sarbini di ruangan komen, sudah menjadi rutin sekolahnya yang akan mengadakan program Solat Zohor berjemaah sebelum masuk ke kelas bagi murid tahun satu, dua dan tiga.

Inisiatif itu juga merupakan Program Kem Bestari Solat (KBS) yang bertujuan memastikan murid dapat menunaikan ibadah itu dengan sempurna khususnya dari segi bacaan dan perbuatan.

image is not available

Ada Yang Tidak Tahu Membaca Tapi Dah Hafal Bacaan Dalam Solat

Yang menariknya, hasil daripada program KBS itu menunjukkan ada murid yang lemah dari segi akademik berjaya menghafal bacaan dalam solat.

“KBS setiap hari. Alhamdulillah, kalau tanya murid-murid yang lemah dalam akademik, mostly memang hafal bacaan dalam solat padahal membaca masih tak lancar.

“Semalam (18 Disember) saja test murid tahun satu, pun lulus bacaan solat. Mungkin sebab dah jadi rutin,” kongsi pengguna itu lagi.

Ramai Luah Rasa Kagum, Anak Kecil Dah Diterapkan Dengan Ibadah

Video yang telah mendapat lebih 431,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti daripada mereka meluahkan rasa kagum dan memuji inisiatif yang dilakukan oleh sekolah berkenaan. Bagi mereka, tindakan sebegitu patut dicontohi oleh sekolah lain.

Tidak hanya itu, ada yang turut kagum melihat kebolehan kanak-kanak tersebut apatah lagi ada yang mampu menjadi imam di usia yang masih muda.

Ada juga pengguna yang turut berkongsi inisiatif tersendiri sekolah anak mereka dalam menerapkan ilmu agama.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Alhamdulillah. Terbaik Pengetua & Guru Sekolah”

image is not available

“Bagusnya. Sekolah Mana Ni, Patut Semua Contohi Benda Baik Ini”

image is not available

“Hebat Pengetuanya Serta Guru-Guru Dalam Membentuk Sahsiah Diri Anak-Anak”

image is not available

“Sekolah Anak Saya Pun Macam Ini, Setiap Hari Al Mulk, Mathurat & Yasin Sebelum Masuk Kelas”

image is not available

“Sejuk Mata Memandang, Sejuk Hati Mendengar, Tahniah Cikgu”

image is not available

Source:

View Original Article