Murid Tahun 5 patah ibu jari kaki kanan, dilanggar pemandu mabuk

LocalPolitics
25 Oct 2024 • 9:25 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang murid tahun lima cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai mabuk.

Semasa kejadian, mangsa sedang melintas jalan ke sekolah sebelum dilanggar oleh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang merupakan murid SK Port Dickson mengalami kecederaan patah pada ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pemandu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar mangsa yang sedang melintas.

“Kejadian menyebabkan mangsa patah ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan,” katanya.

Susulan itu, polis menahan pemandu berusia 28 tahun itu dan ujian saringan yang dilakukan menunjukkan bacaan alcohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah (lebihan 153mg alkohol/100ml darah).

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved