Keengganan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dihantar dan diambil dari sekolah oleh bapa saudaranya, membongkar lelaki durjana itu pernah merogolnya.
Menurut ibu mangsa, anak perempuannya dirogol oleh suspek berusia 57 tahun sejak Ogos lalu dalam kenderaan, di tepi jalan berhampiran Kampung Langsat.
Sedangkan suspek diamanahkan oleh kakak iparnya untuk menghantar dan mengambil anaknya di sekolah, memandangkan mereka tinggal berdekatan.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu magnsa kelmarin.
Bertindak di atas laporan itu, suspek teah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada jam 2 petang semalam di sebuah kampung.
Polis turut merampas beberapa barang bukti seperti pakaian dan juga kenderaan milik suspek untk membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menjemput mangsa pulang dari sekolah. Dalam perjalanan pulang, suspek berhenti di tepi jalan dan merogol mangsa sebelum menghantarnya pulang ke rumah seperti biasa.
Mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Suspek pula ditahan dan direman selama seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
The post Murid Tahun 6 dirogol bapa saudaranya dalam kereta selepas pulang dari sekolah, sejak Ogos lalu appeared first on The Reporter.



