Murid Tingkatan 1 Menang The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023

20 Oct 2023 • 3:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang murid tingkatan 1 dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya raih kemenangan dalam pertandingan The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023 anjuran The Royal Commonwealth Society.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak sekolah itu menerusi laman Facebooknya yang menzahirkan ucapan tahniah buat murid perempuan bernama Emilyn Ayra Khairul Hisham yang mendapat Gold Finalist Award.

The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023

Difahamkan juga, Emilyn telah berjaya menewaskan 34,924 peserta dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan tersebut dan secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera… Dimaklumkan bahawa Emilyn Ayra Khairul Hisham, murid 1R telah meraih Gold Finalist Award dalam pertandingan essay The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023.

“Beliau menang daripada penyertaan sebanyak 34,924 dari seluruh dunia. Pertandingan ini adalah anjuran The Royal Commonwealth Society. Alhamdulillah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

image is not available
image is not available

 

Tahniah adik Emilyn!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas kejayaan Emilyn yang sudah berjaya membuka mata orang ramai.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, murid dari sekolah terbabit pernah mencita sejarah apabila berjaya meraih tiga anugerah dalam pertandingan Okestra Antarabangsa Barcelona, Sepanyol.