
Seorang pemimpin PAS menegaskan bahawa parti itu lebih layak memimpin Perikatan Nasional (PN) berbanding Bersatu dan perkara ini telah mencetuskan perdebatan mengenai calon Perdana Menteri gabungan tersebut pada PRU16.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Mursyidul Am iaitu Hashim Jasin juga menyatakan bahawa PAS wajar memimpin PN kerana memiliki jumlah wakil rakyat tertinggi di Parlimen dan jentera akar umbi yang kukuh.
PAS miliki jumlah wakil rakyat tertinggi dan akar umbi Kuat

Hashim juga turut menyindir Bersatu yang didakwa mempunyai sejarah lompat parti dan masalah dalaman selain menegaskan yang PAS lebih stabil dan bebas daripada isu tersebut.
Rekod kita di Parlimen lebih ke depan, dan kita juga aktif dalam kerja-kerja masyarakat.
PAS juga berjaya memenangi 43 kerusi Parlimen Pada PRU15 dan jumlah itu adalah jauh lebih banyak daripada Bersatu yang memenangi 31 kerusi.
Sekarang ini pula Bersatu hanya mempunyai 25 kerusi selepas beberapa ahlinya berpaling tadah.
Isu calon Perdana Menteri

Kenyataan Hashim ini timbul selepas Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin kekal sebagai calon Perdana Menteri tunggal PN.
Bukan tu jer, perkara itu turut disokong oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang menegaskan Muhyiddin harus kekal sebagai ‘poster boy’ PN pada PRU16.
Walau bagaimanapun, Hashim berpendapat keputusan itu sebenarnya perlu dibuat secara bersama dan mengambil kira kedudukan PAS sebagai parti dominan dalam PN.
PAS tidak boleh diketepikan dalam menentukan jawatan penting seperti Perdana Menteri. Ia harus diputuskan secara kolektif.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Free Malaysia Today
