Musa Aman Dilantik Sebagai TYT Sabah Baharu

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 10:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Menurut laporan Berita Harian, Musa menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur hari ini.

image is not available

Foto: Berita Harian

Musa Aman dilantik jadi TYT

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pagi ini.

Figura berusia 73 tahun itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun.

Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.

image is not available

Foto: Carian Google

Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011 menjadikannya Yang di-Pertua Negeri paling lama berkhidmat setakat ini.

Manakala Musa pula menjadi Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018 sebelum perubahan kerajaan Barisan Nasional di negeri tersebut