Musa, Yamani tiada dalam senarai

Politics
3 Nov 2022 • 1:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman setakat ini tiada memberitahunya untuk membuat kemunculan semula pada pilihan raya kali ini.

“Setakat ini, tiada. Dia (Musa) tiada cakap dia mahu buat kemunculan semula,” katanya ketika ditanya desas desus Musa bakal bertanding pada PRU15.

Bung Moktar berkata Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Yamani Hafez Musa pula yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Sipitang menolak untuk dicalonkan pada PRU15. Yamani Hafez, juga anak kepada Musa, menang kerusi Parlimen Sipitang atas tiket BN pada PRU14, sebelum menyertai Bersatu.

Sementara itu, Bung berkata GRS dan BN masih meneruskan rundingan bagi menentukan calon yang akan bertanding di kerusi Beluran.

Katanya, keputusan siapakah calon yang akan bertanding bagi kerusi parlimen itu akan diumumkan sebelum proses penamaan calon yang dijadualkan pada 5 Nov ini.

“Masih dalam perbincangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon GRS-BN bagi PRU15 di sini, Rabu.

Pada majlis itu, GRS mahupun BN tidak mengumumkan calon bagi mewakili kerusi Parlimen Beluran.

Kerusi Parlimen Beluran disandang oleh Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.