Mushafi – Aplikasi Quran Dengan Sokongan Carian Suara, Penyerlahan Ayat Mengikut Bacaan

TechnologyDigital
12 Jan 2024 • 10:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mushafi merupakan salah satu aplikasi Quran yang hadir ke Google Play Store dari pembangun tempatan, dan hadir dengan beberapa ciri unik bersama padanya. Aplikasi Mushafi ini hadir menggunakan teks Uthmani yang sedia dikenali ramai.

image is not available

Salah satu keunikkan yang ditekankan pada aplikasi ini adalah kebolehan untuk melakukan carian ayat berasaskan input suara. Anda boleh memulakan aplikasi ini, seterusnya menatal atau menarik ke bawah pada skrin yang membawa akses kepada carian berasaskan suara. Kemudian, anda boleh bacakan sesuatu ayat berkenaan, dan aplikasi akan paparkan kedudukan dalam Quran.

Disamping itu, ia juga hadir dengan sokongan bacaan. Menariknya adalah ia menyerlahkan atau highlight setiap ayat mengikut bacaan – sekaligus memudahkan seseorang untuk turut mengikut bacaan ayat berkenaan.

image is not available

image is not available

Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan untuk melihat terjemahan melaluinya. Aplikasi ini menggunakan kaedah interaksi berbentuk tap, yang mungkin mengambil sedikit masa seketika sebelum anda mengetahui sepenuhnya pelbagai ciri yang disertakan pada aplikasi ini.

Satu lagi kelebihan pada aplikasi ini adalah saiznya yang sedikit kecil dan ringan – sesuai untuk pelbagai versi telefon. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Mushafi di Google Play Store hari ini.