
ORGANISASI Pengurusan Kolektif (CMO) tunggal di wilayah Sabah dan Labuan, Music Rights Sabah Berhad (MRS) membayar sebanyak RM85,186.16 dari segi royalti muzik kepada 262 ahlinya, Isnin.
Pengarah Urusannya Mohd Ashraf Abdullah berkata pembayaran itu adalah hasil kutipan royalti dari 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 untuk persembahan awam dalam acara, yang membabitkan penggunaan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan di seluruh negara.
Advertisement“Pengagihan ini bagi menunaikan tanggungjawab dan peranan syarikat berkenaan dalam menjaga hak ahlinya terutama dari segi tuntutan royalti muzik masing-masing.
“Seramai 262 ahli terdiri daripada penggiat seni seperti komposer, penulis lirik, penyanyi, pemuzik, penggubah muzik, pembikin video muzik dan syarikat rakaman selaku penerbit menerima royalti masing-masing bermula Isnin,” katanya, dalam kenyataan pada Isnin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Tambahnya, laporan pengagihan royalti muzik MRS untuk 2025 menyaksikan peningkatan sebanyak 42.59 peratus berbanding hanya RM59,741.62 yang diagihkan pada Januari 2024, bagi persembahan awam (acara) untuk kutipan yang dibuat dalam tempoh sama.
Menurutnya lagi, pengagihan royalti muzik yang seterusnya akan dibuat pada September tahun ini iaitu membabitkan kutipan bagi persembahan awam (penyiaran) iaitu bagi penggunaan lagu-lagu yang disiarkan di radio-radio RTM seperti Sabah FM, Sabah VFM, Keningau FM, Sandakan FM, Tawau FM dan Labuan FM, selain siaran TV milik RTM.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini menyaksikan MRS akan membuat pengagihan sebanyak dua kali pada tahun ini.
“Bagi pihak ahli MRS, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar-pembayar royalti muzik etnik tempatan di sepanjang tempoh operasi kutipan yang dibuat, semoga sokongan sedemikian dapat diteruskan lagi,” kata Ahsraf yang juga Pengarah Lembaga MRS.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan berkaitan, katanya, bermula bulan ini juga badan terbabit akan menjalankan operasi kutipan / pelesenan bagi outlet dan premis perniagaan di negeri ini terutama yang membabitkan penggunaan lagu-lagu etnik tempatan.
“MRS turut berharap agar pengguna terutama pemilik outlet dan premis perniagaan memberi sokongan moral dan kerjasama kepada MRS dalam usaha memupuk kesedaran hak cipta muzik terutama melibatkan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan, serta membina jaringan ekosistem muzik tempatan Sabah dan Labuan dalam kalangan pemilik hak cipta dan pengguna muzik,” tambahnya.
Pengguna yang ingin memohon skim pelesenan hak cipta muzik daripada MRS, boleh menghubungi Pengurus Operasi Pelesenan MRS, Ronney Ajim di 010 - 425 4557.
