Musim tengkujuh dijangka mula 7 November

3 Nov 2022 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia meramalkan Monsun Timur Laut bermula lebih awal iaitu pada 7 November sehingga Mac 2023. Foto Bernama

SHAH ALAM- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh bakal bermula lebih awal iaitu pada 7 November dan berterusan sehingga Mac 2023.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai kerana hujan yang berlarutan.

"Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

“Semasa MTL, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Jelas beliau, fenomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh antara 6 hingga 11 November, 22 hingga 27 November, 7 hingga 12 Disember, 22 hingga 26 Disember 2022 dan 6 hingga 10 Januari serta 21 hingga 25 Januari, 2023.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dalam menghadapi musim tersebut serta sentiasa dengan maklumat, nasihat dan amaran yang dikeluarkan menerusi portal rasmi jabatan berkenaan.