Musk bangunkan pulau di Filipina

WorldPolitics
24 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Musk bangunkan pulau di Filipina

MANILA: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk dilaporkan sedang membangunkan sebuah atau dua pulau di Filipina.

Menurut Duta Filipina ke Amerika Syarikat (AS), Jose Manuel Romualdez, Musk tiba di Manila menggunakan pesawat peribadinya pada Rabu lalu, iaitu hari Presiden AS, Donald Trump menamatkan lawatan ke Filipina.

Beliau berkata, Musk tidak menyertai sebarang acara rasmi Trump, sebaliknya menunggu ketibaan presiden itu di lapangan terbang sebelum mengiringinya ke China bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), lapor The Inquirer.

“Menurut maklumat yang saya terima, Elon Musk sering berkunjung ke sini secara senyap kerana beliau mempunyai sebuah atau dua pulau yang sedang dibangunkannya,” katanya kepada saluran berita ANC.

Romualdez berkata, Musk amat menyukai Filipina dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap negara itu.

“Lelaki terkaya di dunia itu sebenarnya sangat berminat dengan Filipina,” katanya.

Romualdez tidak mendedahkan lokasi pulau berkenaan atau jenis pembangunan yang sedang dijalankan di situ. Warga asing secara umumnya tidak dibenarkan memiliki tanah di Filipina, walaupun perlembagaan negara itu membenarkan beberapa pengecualian terhad.

Musk sudah mempunyai kepentingan perniagaan di Filipina menerusi Starlink, perkhidmatan internet satelit milik SpaceX.

Romualdez berkata, minat Musk terhadap negara itu merupakan petanda positif ketika Filipina berusaha menarik lebih banyak pelaburan dari AS.

Beliau berkata, pernah berbual dengan Musk sebanyak sekali dan mendapati ahli perniagaan itu mempunyai pengetahuan yang agak luas mengenai Filipina.

The post Musk bangunkan pulau di Filipina appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved