Muslimat Pas kecam diskriminasi hijab di Azerbaijan

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Muslimat Pas kecam diskriminasi hijab di Azerbaijan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mumtaz

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas Malaysia mengecam diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Islam di Azerbaijan yang didakwa berdepan sekatan kerana memakai hijab sehingga menjejaskan hak mereka mendapatkan pendidikan.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa Dewan Muslimat Pas, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, tiada kerajaan berhak memaksa wanita Islam memilih antara pegangan agama dengan masa depan mereka.

Beliau berkata, pendidikan tidak sepatutnya dijadikan alat untuk memaksa wanita Islam meninggalkan identiti agama masing-masing.

“Kami amat kesal apabila diskriminasi sebegini masih berlaku di sebuah negara majoriti Muslim.

“Tiada kerajaan berhak memaksa wanita Islam memilih antara agama dengan masa depan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mumtaz, hijab bukan sekadar fesyen atau kenyataan politik, sebaliknya melambangkan keimanan, maruah dan identiti wanita Islam.

Beliau menyifatkan tindakan memaksa wanita Islam menanggalkan hijab sebagai pencabulan kebebasan beragama serta hak individu untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat Pas menyatakan solidariti terhadap wanita, pelajar dan guru di Azerbaijan yang mempertahankan hak mereka untuk memakai hijab.

Organisasi itu turut mendesak kerajaan Azerbaijan membatalkan segera sekatan berkenaan serta membenarkan semua pelajar dan guru yang terjejas kembali ke sekolah tanpa syarat.

“Tiada wanita sepatutnya mengorbankan agamanya demi mendapatkan pendidikan. Hijab ialah hak kami, dan maruah kami bukan untuk dipertikaikan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved