Mustahil Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh – Pakar Patologi

LocalFamily & Parenting
5 Sep 2025 • 9:09 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, semalam menyentuh mengenai kewujudan sebuah mesin basuh di kawasan asrama, namun pakar forensik menolak sama sekali kemungkinan mangsa dimasukkan ke dalam peralatan tersebut.

Dr Jessie Hiu, 58, pakar patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), menjelaskan berdasarkan maklumat berat badan mangsa iaitu 53 kilogram, mesin berkenaan tidak berupaya berfungsi jika menanggung muatan sebesar itu.

“Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram, dan saya tidak fikir mesin itu mampu dihidupkan dengan muatan seberat 53 kg,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad.

Baca juga:

Mesin basuh domestik bukan faktor

Menurut Dr Hiu, mesin yang ditemui di tingkat bawah asrama adalah jenis biasa untuk kegunaan rumah, bukan industri. Beliau turut menegaskan tiada pemeriksaan dibuat terhadap saiz tong mesin kerana ia tidak relevan dengan punca kematian yang disiasat.

Kenyataan itu sekali gus menolak spekulasi yang mengaitkan kematian Zara dengan kemungkinan dia dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Inkues diteruskan di Mahkamah Koroner

Prosiding di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, masih berjalan dan akan bersambung pada tarikh seterusnya.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada awal pagi sehari sebelumnya.

Sumber: mStar