Mutiara GRS rai Aidiladha bersama pelatih KLPOKU di Papar, Membakut

25 Jun 2024 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PAPAR: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) mengadakan sambutan Aidiladha dengan beramal dan menyantuni pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) Kimanis pada Isnin.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, yang juga Yang DiPertua Mutiara GRS menyempurnakan majlis itu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan RM2,000 daripada Mutiara GRS kepada Lembaga Pelawat KLPOKU Kimanis, RM1,000, masing-masing, kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Papar dan PPDK Membakut.

Juliah juga menyerahkan sumbangan tajaan daripada pemimpin dan ahli-ahli Mutiara GRS berupa peralatan sukan dan mesin basuh serta bun cremos sumbangan Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad kepada KLPOKU Kimanis.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Antara pengisian program itu termasuk taklimat oleh Penguasa KLPOKU Dayangku Suhaila Pg Suhaimi, persembahan oleh pelatih, makan tengah hari dan penyerahan “goodies bag” kepada 48 pelatih.

Juliah dan anggota Mutiara GRS turut melawat kelas-kelas kemahiran dan latihan vokasional yang disertai pelatih dari Sabah dan Labuan. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajian Am Negeri Jais Asri dan Timbalan Pengarah (Operasi) Ali Hassan Kahar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.