
Kota Kinabalu: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) meraikan 50 orang kanak-kanak sempena program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 pertubuhan itu di Putera Ballroom, Luyang pada Selasa.
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Di-Pertua Mutiara GRS menyampaikan ‘goodie bags’ dan angpow kepada kanak-kanak dari lima sekolah di sekitar Kota Kinabalu.
AdvertisementKatanya, sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, St. Francis Convent, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Shan Tao, Chung Hwa Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan (Cina) Anglo Chinese.
“Menerusi program sambutan ini kita berharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan, selain membawa keceriaan dan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak ini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mutiara GRS telah merancang beberapa program yang akan dilaksanakan tahun ini termasuk program menyantuni rakyat dan golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) terpilih,” katanya.
Selain jamuan makan, kanak-kanak itu turut dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa, permainan kanak-kanak dan persembahan silap mata.
AdvertisementTurut hadir ialah Naib Yang Di-Pertua I Mutiara GRS, Datin Seri Cecilia Kitingan, Naib Yang Di-Pertua III/Setiausaha Kehormat, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi, Pengerusi Pelaksana Sambutan Tahun Baru Cina Mutiara GRS, Datin Seri Stella Yong dan ahli-ahli pertubuhan itu.
