
LONDON – Muzium Pitt Rivers milik Universiti Oxford akan mengembalikan 39 rangka manusia yang diambil semasa era kolonial British kepada komuniti Naga di timur laut India, kata pihak muzium semalam.
Muzium yang memegang koleksi artifak Naga terbesar dunia itu mengesahkan bahawa ia bersiap sedia untuk proses penghantaran pulang setelah pihak universiti meluluskan permintaan daripada Forum untuk Penyelarasan Naga (FNR).
“Rangka-rangka ini ‘berada jauh dari tanah airnya sudah terlalu lama’, kata Pengarah Muzium Laura Van Broekhoven kepada AFP.
Artifak itu dikumpulkan pada awal abad ke-20 oleh pentadbir kolonial British dan sebahagian daripadanya kekal dipamerkan kepada umum sehingga tahun 2020.
“Bagi masyarakat Naga, pemulangan bukan sekadar tentang membawa pulang tulang dan sisa rangka nenek moyang ke tanah air mereka, tetapi apa yang lebih penting adalah mengembalikan memori ke tempat sepatutnya,” kata FNR dan organisasi Naga lain kepada AFP sekali gus menyambut baik perjanjian tersebut.
Permintaan FNR merangkumi 40 set rangka manusia, demikian menurut Muzium Pitt Rivers. – AFP
The post Muzim Oxford akan kembalikan rangka Naga appeared first on Kosmo Digital.

