Muzium Budaya Borneo Mula Caj Tiket Masuk. Ini Senarai Harganya!

26 Jul 2022 • 12:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Jika bercuti ke Sarawak, antara tarikan baharu yang rugi sekiranya korang tak singgah adalah muzium ikonik serba baharu mereka iaitu Muzium Budaya Borneo!

Sejak mula dibuka pada 9 Mac lepas, muzium tersebut telah berjaya menarik seramai 350,000 pengunjung tempatan dan luar sehingga Julai, dengan anggaran purata 1,500 pengunjung sehari.

Selepas memberikan kemasukan secara percuma selama beberapa bulan, kini bermula 1 Ogos -- Muzium Budaya Borneo bakal mengenakan harga tiket masuk harian antara RM5 sehingga RM20 bagi pengunjung warganegara.

image is not available

SENARAI HARGA TIKET

Berikut senarai harga yang telah ditetapkan bagi kategori pengunjung :-

1) Warganegara Malaysia bukan dari Sarawak = RM20

2) Warganegara berasal dari Sarawak = RM10

3) Bukan warganegara = RM50

4) Warganegara berstatus pelajar = RM5

5) Bukan warganegara berstatus pelajar = RM25

6) Warga emas berumur 61 tahun ke atas warga Sarawak = RM5

7) Warga emas bukan warga Sarawak = RM20

8) Warga emas warga antarabangsa = RM25

9) Warganegara & bukan warganegara OKU serta kanak-kanak 12 tahun ke bawah = PERCUMA

image is not available

Selain tiket masuk bagi individu, pihak muzium turut mengenakan caj mengikut kategori berkumpulan seramai 10 orang ke atas atau kadar korporat berdaftar pula -- bayaran bermula dari harga RM8 seorang.

Manakala tiket bagi lawatan tanpa had tahunan pula berharga RM100 bagi semua pengunjung.

Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung itu akan digunakan bagi menampung sebahagian daripada kos penyelenggaraan muzium itu.

image is not available

Muzium ikonik serba baharu itu mempamerkan lebih 1000 artifak mewakili budaya dan sejarah Sarawak yang menakjubkan.

Pembinaan Muzium Budaya Borneo bermula pada 2014 dan kos projek itu sebanyak RM323 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Selain Muzium Budaya Borneo ini sebuah lagi muzium baharu di Limbang yang terletak di utara Sarawak bakal dirasmikan 4 Ogos ini.

image is not available

Sumber: BERNAMA