Muzium Dan Kubu Di Seluruh Sarawak Ditutup Sementara 31 Ogos

28 Aug 2024 • 1:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penutupan satu hari ini bersempena dengan Hari Kebangsaan

Muzium Dan Kubu Di Seluruh Sarawak Ditutup Sementara 31 Ogos. Jabatan Muzium Sarawak telah mengeluarkan notis penutupan sementara bagi semua muzium dan kubu di bawah pentadbirannya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Menurut notis tersebut, semua institusi berkenaan akan ditutup pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) dan akan dibuka semula kepada orang ramai pada 1 September 2024 (Ahad).

image is not available
Muzium Dan Kubu Di Seluruh Sarawak Ditutup Sementara 31 Ogos. Sumber: Jabatan Muzium Sarawak

Penutupan ini melibatkan beberapa tempat bersejarah dan institusi budaya yang terkenal di Sarawak, termasuk:

  1. Muzium Budaya Borneo
  2. Muzium Sarawak (Bangunan Lama)
  3. Muzium Warisan Islam
  4. Muzium Sejarah Semulajadi
  5. Muzium Sejarah Cina
  6. Kubu Alice
  7. Rumah Sri Aman
  8. Muzium Petroleum Miri
  9. Muzium Niah Arkeologi
  10. Muzium Limbang
  11. Kubu Hose

image is not available
Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum

Rancang lawatan anda lebih awal

Pengarah Jabatan Muzium Sarawak menyatakan bahawa penutupan ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan. Beliau turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat penutupan sementara ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang lawatan mereka ke institusi-institusi ini selepas 1 September 2024. Pihak muzium turut menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai digalakkan untuk menghubungi Jabatan Muzium Sarawak melalui saluran rasmi mereka.

Baca juga info menarik mengenai kubu tinggalan British di seluruh Sarawak: