Muzium di Malaysia perlu perhebat paparan sejarah, warisan budaya

13 Nov 2024 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Muzium di Malaysia boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Grand Egyptian Museum di Giza semalam membuka peluang untuk mendalami keunikan dan kekayaan warisan budaya masyarakat Mesir terdahulu.

“Semalam sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah, saya dan delegasi Malaysia terima pelawaan Kerajaan Mesir untuk mengunjungi Grand Egyptian Museum di Giza.

“Saya dimaklumkan bahawa muzium ini baru dibuka dan merupakan yang terbesar di dunia, menempatkan lebih daripada 100,000 artifak bersejarah Mesir,” katanya dalam catatan itu.

Anwar berkata kunjungan bersama delegasi Malaysia itu diadakan di hujung lawatan rasmi empat hari ke Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

— BERNAMA

image is not available
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat muzium di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

image is not available
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat muzium di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

image is not available
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat muzium di Kaherah Mesir pada 12 November 2024. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved