Muzium Sultan Alam Shah dibuka semula Disember, pameran alam kubur 3D antara tarikan

3 Nov 2024 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 NOV: Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14 di sini dijangka dibuka semula kepada pengunjung pada Disember depan, maklum EXCO kebudayaan.

Dato’ Borhan Aman Shah berkata pelbagai tarikan baharu disediakan antaranya termasuklah pameran alam kubur 3D, sejarah warisan makanan dan perkahwinan kaum di Selangor.

image is not available
Wawancara EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Antara tarikan terbaharu yang lain menanti pengunjung ruangan khas buat kanak-kanak iaitu Kidzone dan semua pameran akan tampil dengan wajah baharu.

“Pengubahsuaian masih dibuat dan dijangka akan beroperasi semula pada hujung tahun ini. Petugas Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor sedang menyiapkan bahan pameran dan menyusun artifak,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Borhan memaklumkan muzium itu akan memperkenalkan konsep baharu iaitu pengaplikasian teknologi terkini dengan menggunakan kod QR bagi memudahkan pengunjung mengakses maklumat.

Muzium ini ditutup sementara sejak 2019 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf membabitkan tiga galeri iaitu galeri sejarah, galeri adat dan kebudayaan serta galeri alam semula jadi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved